Sunday, May 13, 2012

Ini cerita aku.

Assalamualaikum :) Dah lama tak udpate blog walaupun tiada siapa pun yang nak baca apa yang aku tulis hahaha, kelakar. Tapi takpe, janji ada lah tempat untuk aku taip apa yang aku rasa selama ini. Ini je lah tempat yang aku rasa macam aku berada di suatu tempat yang takde orang, takde makhluk satu pun so senang, takde siapa tahu apa yang aku buat :) . Jadi, aku mulakan cerita aku dengan Bismillah. Sudah tentu, semua manusia akan mempunyai pasangan masing masing. Ada cerita cinta masing masing, dan termasuklah aku. Aku juga manusia, punyai hati dan perasaan. Jadi, ini cerita aku. Aku mungkin tak pandai bercinta dan menjaga hati perempuan, tapi aku juga berhak untuk memiliki seseorang, dan aku pasti yang Allah swt telah menjanjikan yang terbaik untuk aku suatu hari nanti, insyaAllah :') . Aku kenal perkataan cinta ini dah lama, walaupun aku dah berumur 20 tahun, tapi dalam list record percintaan aku baru 4 orang sahaja. Nampak pelik tapi realiti. Mungkin sesetengah orang anggap, muka aku yang macam boleh tahan lah comel sikit :p mesti awek keliling pinggang. Padahal tidak, daki ye lah banyak dekat keliling pinggang aku ni. Aku kenal macam macam jenis perempuan, gemuk, kurus, sosial, solehah dan banyak lagi. Tapi aku susah sikit nak ada perasaan dekat perempuan ni mungkin sebab aku ni jenis suka memilih sikit kot hehe. Tapi bila aku dah suka dekat seseorang itu dan aku jadikan dia sesuatu benda yang istimewa untuk aku, maknanya wanita itu memang special untuk aku :) . Kali terakhir aku jalinkan hubungan percintaan *Wahh, macam drama melayu gitu* dalam kira kira 4 tahun yang lepas. Itu kali pertama aku rasa cinta itu memang indah, lebih indah dari segala-galanya sebab itu aku sanggup buat apa apa pun utk dia. And aku terkejut, aku menangis sebab perempuan. Itu memang pelik, tapi itulah cinta :) . Selepas aku dah betul betul sayang dekat perempuan tu, dia tinggalkan aku dengan lelaki lain. Kawan baik aku lagi. Jadi lepas tu, aku dah mula susah sikit nak suka dekat perempuan sehinggalah aku jejakkan kaki aku di Universiti yang kini aku belajar sekarang ni. Time tu, aku dekat kafe. Lepak makan makan dengan kawan kawan sekelas, tetibe dari jauh aku terperasan seorang awek ni bapak comel gila nak mampus. Tapi aku tak berani nak tegur, aku cerita dekat kawan kawan aku yang aku suka dekat dia anda dorang semua bagi semangat suruh tegur awek tu. Memang tak lah nak tegur, kenal pun tak. And lagi satu, aku bukannya jenis suka bagitahu perasaan aku dekat perempuan kalau aku ada perasaan dkt dia, bukannya takde langsung. Maksud aku, berkenalan dulu and bila dah tahu hati masing masing, baru aku akan confess perasaan and propose dia jadi someone special dalam hidup aku. Sweetkan? I know :) Dari sem 1, sem 2, sampai lah hujung sem 3. Aku asyik pandang dia dari jauh je. Aku cuba cari tempat dia selalu makan, jalan dia selalu pergi kelas and dengan cara ni aku senang sikit nak jumpa dia and lepaskan rindu hehe :D . Sampailah sem 3, i mean hujung sem 3. Kawan kawan aku cakap, dia ni dah ada balak. Baru je couple. Aku tak percaya, sampailah aku nampak dengan dua biji mata aku sendiri. Anda tahu kan macam mana perasaan bila perkara ini berlaku? Aku agak sedih and macam menyesal sebab tak ikut cara kawan kawan aku. Jadi aku tak nak buang masa, buang duit dan buang segala-galanya, aku cuba lupakan dia. Try to avoid daripada sebarang perkara yang boleh buat aku teringat dekat dia :') . Masuk sem 4, Alhamdulillah aku berjaya takde perasaan langsung dekat dia. Bukan setakat takde perasaan, kewujudan dia pun aku dah lupa hehe. Tapi bila masuk sem 5, aku terkejut bila kawan aku bagitahu yang dia nak berkawan dengan aku. Tuhan je tahu perasaan aku time tu. Rasa macam nak pergi bangunan TV3 dan umumkan yang aku tengah gembira time buletin utama tu haha. Jadi lepas pada tu, aku pun cuba beranikan diri and mula rapat dgn dia. Rapat sikit demi sedikit, taknak lebih takut nanti dia tahu yang aku suka dekat dia hehe :p . And jyeah, aku dah mula rapat dengan dia. Kami mula tweet, mesej, call and yang paling bestttttt kiteorang lepak makan sekali :D Hahaha, menarik gila kan. Dia selalu teman aku bila aku bosan, sedih and bila aku perlukan seseorang. Dia selalu kejutkan aku pagi, nasihat dan macam macam lagi :) . And dalam phone, aku pernah bagitahu yang aku kawan dengan dia sebab 'I suka dekat you' aku dah bagi hint yang aku memang ada perasaan dkt dia, tapi dia tak nampak.. And ada satu hari tu, kiteorang texting and tetibe instinct aku rasa lain. Aku rasa macam ada something wrong malam tu, aku cuba tanya dia 'Hey, you ada boyfriend ke? I mean, someone special yang u suka selain i? :)' aku beranikan diri aku tanya. And dia reply, 'You, kita buat perjanjian boleh? You boleh kawan dengan i, tapi jangan suka dekat i. Boleh?' Tuhan je tahu bertapa berlinangnya airmata aku lepas baca text tu :') . Aku lelaki, and aku ada maruah. Aku takkan merayu bagai bagai semua, and mungkin ego aku sedikit tinggi. Aku tipu diri aku, aku tipu dia yang aku cakap aku mmg takde hati langsung pun dekat dia. Aku kawan dengan cuma anggap dia sebagai kawan baik aku, padahal tak! Tapi, ini je yang aku mampu luahkan dekat dia :') . And i know, dia suka dekat orang lain. And dia ada bgtahu jugak dekat text dia tu, yang dia ada layan 2 lelaki dalam masa dia layan aku. So aku percaya, yang lagi sorang tu lah yang dia suka :') . Aku amek keputusan, untuk jauhkan diri dari dia sementara so mungkin dengan cara tu, aku boleh tenang sikit kot. Aku cuba lupa kan dia, tapi sampai sekarang tak boleh. Aku tak tahu kenapa, aku dah cuba. Actually banyak kali, almost everyday aku stalk dia, aku tengok gambar gambar dia and aku baca text text aku dengan dia before ni :'( . Dia layan aku baik, and aku tak sangka akan berakhir macam ni. Yang paling menyedihkan, aku still baca tweet dia dengan lelaki tu. Aku tak tahu kenapa, aku nak tengok, kenapa dia pilih lelaki tu. Apa yang istimewa? Jadi aku stalk, aku cari siapa lelaki tu and aku jumpa siapa. Boleh tahan kacak sikit lah dari aku, dah kerja and mungkin boleh lah jaga dia suatu hari nanti kot :') . Nak harapkan aku, diploma pun tak dapat lagi hehe. Sampai sekarang, hari ini, dan saaat ini, aku sentiasa teringat dekat dia. Aku tertanya tanya, dia rasa ke apa yang aku rasa sekarang ni? Aku rasa mungkin tidak, siapa je lah aku ni sampai dia nak teringat sampai macamni sekali :') . Dengan blogspot ni, akhirnya aku dapat jugak expresskan apa yang aku rasa selama ni. Aku tak tahu nak cerita dkt siapa, sebab takde siapa boleh tahu macam mana aku rasa. Tuhan je tahu :') . So, semoga dia gembira lah dengan lelaki pilihan dia, and ini merupakan kali pertama aku tulis benda benda annoying macam ni. Haha. And 1 more thing sebelum terlupa! Aku tak pernah pernah cerita pasal perempuan yang aku suka dekat parents aku, tapi bila aku kenal dia ni, aku cerita! And aku ada juga cakap dekat mak aku 'Mak, nanti man dan habis belajar.. Man nak mak hantar minang dia untuk man eh? Boleh eh mak? Hehehe :D' Hahahaha, sumpah aku tak tipu. And yeah, you memang special untuk i Hani. Jaga diri and terima kasih sebab sudi jadi milik i walaupun sekejap, i bersyukur :')

No comments:

Post a Comment